Tutor Infiniti hanya menyediakan satu sistem pembelajaran dalam talian. Ibu bapa masih perlu memainkan perana utama untuk memastikan murid masih minat mengulang kaji.
Hal ini penting kerana ramai dalam kalangan murid suka belajar pada saat akhir, belajar bersendirian serta banyak menghabiskan masa dalam alam siber. Suatu perkara yang perlu diambil berat adalah tumpuan belajar murid-murid (khususnya pada usia remaja) secara dalam talian adalah singkat. Murid biasanya akan cenderung memilih untuk mengakses elemen tiada kaitan pembelajaran akhirnya fikiran mereka menjadi kosong.
Hal ini mendorong Tutor Infiniti menyediakan konsep belajar berbentuk latih tubi berformat. Hal ini bermakna murid perlu belajar secara rutin iaitu singkat namun konsisten pada setiap hari. Pun begitu ibu bapa perlulah memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mengamalkan rutin belajar.
Ibu bapa juga akan mendapat laporan kemajuan anak masing-masing setiap kali menjawab soalan.
Guru boleh menggunakan soalan-soalan Tutor Infiniti sebagai bahan pembelajaran.
Tutor Infiniti juga boleh digunakan Guru boleh menggunakan tutorinfiniti.com.my sebagai bahan utama pembelajaran dalam makmal komputer di sekolah. Guru boleh menayangkan dan membincangkan setiap soalan ketika sesi di makmal.
Murid perlu membina rutin belajar semasa menggunakan Tutor Infiniti. Rutin belajar 15 minit bermakna murid belajar pada lima hari seminggu secara konsisten dan terkawal. Maksudnya begini:
1 | Rancang dahulu apa yang ingin diulang kaji – tentukan subjek dan seterusnya pilihlah sama ada menjawab soalan topikal ataupun soalan peperiksaan. |
2 | Jawablah 5 hingga 10 soalan sahaja pada satu-satu masa. Fahami arahan soalan, kemudiannya baca dan fahami soalan sebelum menjawab. Seterusnya semak jawapan serta fahaminya. |
3 | Catatkan tempoh masa yang diambil untuk menjawab kesemua soalan. |
4 | Ingat! Jangan gopoh dan terlalu laju untuk jawab soalan, ini bukan permainan video tetapi ini masa ulang kaji. |